Friday, 20 July 2012

Sahaja Aku Berpuasa....

Sekali lagi tahun ini, Ramadhan menjelma lagi. Seperti biasa feel di bulan puasa memang berbeza berbanding bulan-bulan lain. Mana tidaknya, selama sebulan kita akan menahan lapar, menahan nafsu dan segala aktiviti kita selama sebuan akan berubah.

Di awal pagi  mata sudah dipaksa celik untuk sahur, walaupun sekadar sebiji kurma dan seteguk air, sungguh besar pahalanya. Selepas itu janganlah pula kita terus tidur. Memanglah mengantuk. Tunggulah sekejap untuk solat subuh. Lagi bagus kalau boleh solat berjemaah.

Waktu siang dibulan puasa biasanya panas, dan penuh dugaan. Sebaik sahaj kita pasang niat puasa. Secara automatik kita kena puasa secara zahir dan batin. Segala pergerakan, percakapan, pendengaran dan penglihatan kita kena dijaga. Jika tidak sia-sialah puasa kita, menahan lapar dan dahaga selama sehari suntuk, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Dah sampai dekat waktu berbuka, lagi besar dugaannya. Bazar Ramadhan. Dengan bermacam aroma yang menggoda, beraneka pilihan yang menawan. Setelah seharian perut dibiarkan kosong. Bermacam-macam jenis juadah diidamkan untuk disantapa waktu berbuka nanti. Bila tiba di bazar ramadhan. Mata jadi kelabu asap, semua jenis makanan nampak sedap dan mengiurkan. Jangan sampai tak sedar diri hingga beli bermacam-macam makanan tetapi bila masuk waktu berbuka, makan sikit aje. Yang lebih teruk terus tersadai, nak pergi Solat Terawih, dah mula rasa malas.

Kepada semua Umat Islam dan rakan-rakan semua Selamat Berpuasa Dan Selamat Beribadat.