Friday, 20 July 2012

Sahaja Aku Berpuasa....

Sekali lagi tahun ini, Ramadhan menjelma lagi. Seperti biasa feel di bulan puasa memang berbeza berbanding bulan-bulan lain. Mana tidaknya, selama sebulan kita akan menahan lapar, menahan nafsu dan segala aktiviti kita selama sebuan akan berubah.

Di awal pagi  mata sudah dipaksa celik untuk sahur, walaupun sekadar sebiji kurma dan seteguk air, sungguh besar pahalanya. Selepas itu janganlah pula kita terus tidur. Memanglah mengantuk. Tunggulah sekejap untuk solat subuh. Lagi bagus kalau boleh solat berjemaah.

Waktu siang dibulan puasa biasanya panas, dan penuh dugaan. Sebaik sahaj kita pasang niat puasa. Secara automatik kita kena puasa secara zahir dan batin. Segala pergerakan, percakapan, pendengaran dan penglihatan kita kena dijaga. Jika tidak sia-sialah puasa kita, menahan lapar dan dahaga selama sehari suntuk, dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Dah sampai dekat waktu berbuka, lagi besar dugaannya. Bazar Ramadhan. Dengan bermacam aroma yang menggoda, beraneka pilihan yang menawan. Setelah seharian perut dibiarkan kosong. Bermacam-macam jenis juadah diidamkan untuk disantapa waktu berbuka nanti. Bila tiba di bazar ramadhan. Mata jadi kelabu asap, semua jenis makanan nampak sedap dan mengiurkan. Jangan sampai tak sedar diri hingga beli bermacam-macam makanan tetapi bila masuk waktu berbuka, makan sikit aje. Yang lebih teruk terus tersadai, nak pergi Solat Terawih, dah mula rasa malas.

Kepada semua Umat Islam dan rakan-rakan semua Selamat Berpuasa Dan Selamat Beribadat.

Saturday, 24 December 2011

Tatu Punca HIV AIDS Di Bali

Alahai! macam-macam hal dunia sekarang, walaupun isu HIV nie sudah lama, semua kita tahu yang penyakit ini tidak ada penawarya sehingga kini. Ianya sangat simbolik, kerana penyakit ini hanya terdedah kepada mereka yang melakukan dosa, semacam hukuman ditunjukkan tuhan di dunia lagi..Nauzubillah...

Apa lah yang difikirkan manusia ini, sudah elok-elok tuhan cipta kita sebagai makhluk yang terbaik tetapi masih lagi ada saja yang tidak cukup, itu sifat semulajadi manusia. Padahal nak buat tatu tue dah la sakit lepas tu hodoh, bangga la sangat sudah buat macam tu...

Jabatan Kesihatan Australia Barat menyatakan di laman webnya bahawa semua bukti menunjukkan tatu yang diperoleh di sini baru-baru ini menjadi punca jangkitan tersebut.

Pengarah Kawalan Penyakit Berjangkit, Dr. Paul Armstrong berkata, mencacah tatu dan bertindik di luar negara terutamanya di negara-negara membangun adalah berisiko dan merbahaya.

Justeru, beliau menasihati warga Australia yang pernah mendapatkan tatu di sini baru-baru ini agar menjalani pemeriksaan kesihatan dan ujian HIV.


p/s: Berdosa besar mengubah cipataan tuhan...Hmmmm

Pengguna BlackBerry Tidak Boleh BBM Lagi

Pasti meroyang mereka yang tengah gina BBM nie kan...hu3..rilek la...bukan dah xboleh BBM cuma nama singkatan bagi BlackBerry Messenger (BBM) sudah tidak boleh digunakan oleh Research In Motion (RIM). Setelah dikatakan melanggar cap dagang sebuah syarikat Kanada.

BBM adalah nama yang turut digunakan oleh syarikat BBM Canada, sebuah firma yang menyediakan rating pendengar serta penonton televisyen dan radio. BBM Canada ditubuhkan pada 1955 dengan nama asal Bureau of Broadcast Measurement dan menukar namanya kepada BBM pada 1960-an

BBM Canada telah memfailkan tindakan undang-undang di Mahkamah Persekutuan tahun lepas dan keputusannya dijangka pada Februari ini.


Sementara menunggu keputusan mahkamah RIM diminta oleh BBM Canada supaya berhenti mengiklankan nama BBM.

Namum pihak RIM pula tetap bertegas mahu terus menggunakan nama BBM itu dan tidak akan menbayat satu sen pun pampasan kepada BBM Canada.

p/s: Aduiya pasal nama pun nak bergaduh ke...tukar aje la nama lain kan senang...he3

Penampakan Hantu Kak Limah

 
Hai, tak habis-habis lagi ke cerita Hantu Limah ni. Sebuah keluarga di Kampung Temiang, Marang, mendakwa telah diganggu lembaga wanita yang dikatakan menyerupai Hantu Kak Limah.

Aduiya tak cukup lagi ke Kak Limah dah box office sampai pecah panggung datang nak kacau orang pulak. Hahahaha.

Teruk sangat dah pengaruh filem seram nie, sampai terbawa-bawa ke dunia nyata. Itu la siapa suruh tengok cerita hantu bayak-banyak. Kan dah kena kacau. Sabo aje la...

Ketua keluarga, Mazlan Ali, 55, mendakwa, lembaga itu berpakaian batik lusuh dengan rambut mencecah paras pinggang, sering merayau sekitar rumah anaknya dari waktu malam hingga ke subuh, sebelum menghilangkan diri.
Bagi menguatkan lagi dakwaan mereka, ada sempat dirakam penampakan Hantu Kak Limah menggunkaan telefon bimbit. Betuk Ke bang...

Kepada bomoh-bomoh diluar sana kalau rasa-rasa nak tunjuk skill tue bleh la hubungi eluarga ini boleh dihubungi menerusi talian 014-8120040 (Mohd Syawal) dan 013-9488025.

p/s : Nie ada kena mengena dengan Abang Mamat Khalid ke, saje nak buat gempak sebelum keluar filem baru...hahahaha

sumber: http://www.sinarharian.com.my/nasion...-limah-1.14542